Friday, March 6, 2015

aku anak iban




nama rita dik? udah makai dik? ka bejalai kini kitai?

hah familiar tak dengan ayat-ayat nie..kalau bukan anak iban memang tak la kan..mau tau tak mengenai iban nie? nak kan.. ape salahnya tambah pengetahuan kita.. jadi asyik jadi katak di bawah tempurung..krik-krik..haha jangan marah ye..kilik je di bawah nie..



IBAN... hmm msti ada yang tak tau nie.. tak patut tau..kita hidup satu malaysia..tambahan pula tme subjek sejarah dulu pernah belajar tau..

baiklah..nak cerita pasal kaum iban nie la..iban merupakan antara kaum terbesar di Sarawak. iban telah diiktiraf sebagai bumiputera Sarawak.. maksudnya memang main peranan la orang iban nie..(bangga sikit jadi orang iban)..hihi.. kalau nak cerita pasal asal usul orang iban nie tak tau pula ak..yang pasti memang orang asli sarawak.. takde datang dari indon kah thailand kah..ahaha jangan terasa pula.. gurau je..

hah.. tau tak pasal hari gawai nie? mesti ada yang pernah dengar kan.. kaum iban merayakannya pada 1 jun setiap tahun. signifikant hari gawai ini ialah menyambut musim menuai.. oleh kerana orang pada zaman sekarang tak lagi menuai pakai tangan sendiri.. hihi zaman maju katakan..orang iban hanya merayakan gawai untuk meneruskan tradisi moyang mereka dan bersyukur atas segala kurniaan yang diberi..

kalau gawai pada zaman dahulu mempunyai adat iaitu MIRING.. apakah itu miring? bukan piring ye..jangan slah pula..miring merupakan perbuatan mengorbankan binatang untuk menyembah dewa. semasa upacar aitu dilalukan banyak makhlus halus yang menjelma..oleh itu tidak disarankan melakukannya sendiri.. sejujurnya rumah panjang kami tidak mengamalkan ini lagi sebab kristian melarang penyembahan selain daripada tuhan kami.

semasa hari gawai semua orang iban akan balik ke rumah panjang untuk meayakannya.. untuk pengetahuan anda.. rumah panjang saya sepanjang 30 keluarga..pamjang kan..inilah kelebihan rumah panjang nie..memang lah tak cantik pun..tapi kami tak tinggal atas pokok ye.. rumah panjang nie menggunakan kayu je pun.. macam rumah kampung melayu.. cumanya jauh tinngi sebab rumah panjang atas sungai.. kalau tak tinggi mana tak banjir nanti..kang mati semua orang..memang pun kami kena pakai perahu balik kampung..takkanlah pakai jet pula kan..hah nak parking mana cik adik i..jangan nak mengada-ada.. kalau di bandar memang lah pakai kereta..kalau pakai perahu alamatnya tak berjalan lah kan... kalu di kampung memang takde line handphone sebab jauh terpinggir dan dekat dengan hutan..kalau di bnadar memag lah semua pakai smartphone..siap ada ipong lagi.. ko ade? haha nak tengok tak gambar rumah panjang kami.. nak kan..


                   inilah rumah panjang saya Jelai....




seluruh keluarga berkumpul bersama pada malam 1 jun untuk minum ai pengayu. ai pengayu merupakan air yang diminum untuk menandakan gawai. selepas itu seluruh rumah panjang akan saling mengunjungi sampai pagi.. selepas gawai.. ranyai akan dipotong..renyai merupakan pohon pisang yang terdapat makanan dan minuman tergatung.. orang iban akan menari mengelilingi renyai sambil ngajat untuk menghiburkan orang.. ngajat merupakan tarian tradisional iban.




                                                 malam semasa minum ai pengayu







                                           hah inilah ranyai,,ahaha saya yang tolong gantung tau..



kebiasaan sebelum gawai akan diadakan pertandingan menyumpit. menyumpit dijlankan dengan menggunakn buluh dan mengisinya dengan getah untuk mensasarkan terhadap sesuatu objek.. orang yang mempunyai sasaran paling tepat akan memenangi pertandingan tersebut.

                                   wah kamu nampak panjangnya buluh tu..memang semput la..


lumba perahu merupakan pertandingan mendayung sampan yang dijalankan berkumpulan yang selalunya disertai oleh golongan muda yang menunjukkan kekuatan mereka.

selain itu turut diadakan pertandingan keling enggau kumang. keling enggau kumang seakan pertandingan ratu kecantikan di mana keling merupakan orang lelaki dan kumang merupakan orang perempuan. pertandingan ini dijalankan dengan semua memakai pakaian tradisional iban dan orang yang paling cantik dan hensem akan menjadi pemenang. di bawah nie mrupakan anak buah saya dan cousin saya yang pernah menyertai pertandingan nie..

berat tau benda yang di atas kepala dan selepas pinggang tu..anak buah saya nie  panggil saya aunty pula..padahal beza dua tahun je umur..lucu pula..




                                    hensem tak keling di tengah tu?kalau berminat komen je..

lalalala inilah serba sedikit mengenai tradisi orang iban..banyak sebenarnya tapi malas lah nak tulis lagi..lain kali saya sambung lagi k kalau berkesempatan..sekian terima kasih..

p/s: penat doh tulis blog panjang-panjang..anda yang baca lagi pening kan..haha lain kali saya akan pendekkan sikit..hihi ye la tu~



No comments:

Post a Comment