Tuesday, March 17, 2015

perantau

hy..apa khabar semua..homesick tu perkara tau bagi kehidupan perantau seperti saya..ingin tahu mengenai perantauan saya? klik di bawah nie ya~~

dua tiga sudu belacan,
bertambah lagi sedapnya masakan.
kehidupan di perantauan,
bukannya senang pun.

haha berpantun pula saya nie..biasa la kan..kalau sudah jiwang-jiwang nie semua sentimental keluar..
hmm nak cerita mengenai perantauan kan..
ala bukan merantau sangat pun.. tak lah sampai ke london.. brunei pun tak sampai..padahal tinggal di sibu sarawak je..

kehidupan merantau saya bermula dengan...jeng jeng jeng..

selepas tamatnya SPM, saya telah menerima tawaran kemasukan untuk asasi matrikulasi.. kamu orang fikir sarawak ada ke matrikulasi.. sedihnya.. tak ada pun.. so kami dipulaukan ke Labuan, salah satu wilayah persekutuan di Malaysia.. mula-mula dapat tu memang rasa nak tolak pun.. tapi dah rezeki kan.. redha je la..hihi nasib baik parents hantar.. ok la juga.. labuan.. nak cerita pasal labuan..panas giler.. shopping mall pun tak ada.. apa la..apapun jimat la kan elaun yang setkat RM250 sebulan..hihi nak cerita mengenai Kolej Matrikulasi Labuan(KML) nie..besar la tempat dia..terseksa doh time orientasi..dewan dia kecil untuk memuatkan pelajar yang banyak giler..saya tinggal di blok B..kuliah A2 iaitu perakauan dan tutorial A1T3.. di KML juga saya telah menemukan seseorang yang istimewa dalam hidupku..haha lain kali saya cerita ye..thanks god untuk result yang bagus di KML..rasanya sebab tak ada tv dan keinginan kuat untuk balik..bawah nie saya sertakan gambar-gambar saya di labuan ya..

                                                       Inilah rakan sekelas saya A1T3

                                                    Gambar bersama pelajar cemerlang Zahrin

                                                                My best friend Elleza

                                                  Tiga rakan baik saya piko, wan dan elleza

                             Roomate saya saf, eva, eqa dan orang bilik sebelah effa dan patry

                                                      Lawatan ke muzium marine labuan

                                                                       Pantai labuan


Macam best tak labuan..kalau ada masa tu melancong la ke sana..hihi belum habis nie pasal kehidupan merantau saya.. setelah saya tamat matrikulasi labuan, saya menerima tawaran menyambung pengajian di ukm.. huhu jauh lagi.. di KL pula..merantau lagi kehidupan saya..

saya mengambil jurusan ekonomi di fakulti ekonomi dan pengurusan..

 terus terang saya telah pergi dengan sendiri sahaja tanpa orang menemani..saya telah menangis pada hari pertama saya di ukm..kehidupan saya sebagai mahasiswa telah bermula..sekarang dah satu semester berlalu..di ukm saya mendapat roomate baru..kawan baru..berkenalan dengan CSS..menyertai banyak aktiviti kolej iaitu Aminuddin Baki..

saya ingin belajar bersungguh-sungguh untuk semester 2 kerana semester 1 rasanya kejutan budaya sikit..first time kan tinggal di semenanjung..tak biasa dengan cuaca panas sini..hari lambat siang dan lambat malam..

sekian sahaja coretan dari saya..salam sayang untuk anda semua~~








No comments:

Post a Comment