time form 2 dulu kmi adalah batch pertama yang sesi petang untuk form 1 dan form 2 di SMK BS..
seperti biasa permulaan sesi persekolahan yang baru mesti ada pelajar baru yang masuk.. kelas saya pun tak terkecuali.. saya panggil dia C lah.. supaya senang kan... katanya si C berasal dari kuching dan dari sekolah terbaik dan selalu mendapat tempat pertama.. tambahan pula latar belakang keluarga dia bagus keranan berasal dari keluarag yang kaya.. oleh kerana kelas saya hanya sedikit bumiputera, memang klishe saya terus rapat dengan si C kerana persamaan kepercayaan dan budaya..
pada permulaannya.. saya ras si C sangat bagus dan gembira dapat bergaul dengannya.. dia selalu bercerita pasal sekolah lamanya dan bagaimana kehidupan keluarganya yang mewah.. saya berasa kagum dan selalu melepak bersamanya..
kami berdua selalu eskep kelas moral dan dia selalu bawa saya melepak di tepi tangga dan kami pun bercerita sampai loceng kelas seterusnya berbunyi.. pernah sekali kami cari gaduh dengan seorang budak form 1 dan si C menampar dia sampai budak form 1 itu melapor kepda penyelia petang kami..kami telah dirotan oleh cikgu dan kami bernasib baik kerana cikgu tidak menghubungi ibu bapa kami..
tetapi lama kelamaan perangainya yang sebenar mula terselah.. belangnya mula muncul dan saya mula menyedari saya telah salah menilainya..
pada peperiksaan pertengahan penggal, si C telah mendapat tempat terakhir dan saya mula meragui dirinya.. dia cakap dia berasal dari keluarga kaya tetapi ayahnya hanya memandu kancil ke sekolah untuk mengambilnya pulang.. dia pernah bercerita kepada saya bahawa dia merupakan ketua samseng di sekolah lamany
a tetapi apabila dia disoal oleh
penyelia petang, dia hanya berdiam dan saya yang berjaya mempertahankan kami..
dia juga pernh mencuba untuk merampas bekas teman lelaki sya.. rupa-rupanya
merupakan kawan yang menikam kawan dari belakang.. saya juga mendapati dia
bersikap gedik dan mengada-gada di depan pelajar lelaki.. saya mula berasa
tidak berpuas hati dengan sikap hipokritnya selama ini..
semasa kelaas pendidikan jasmani..
dia telah terjath dan seakan-akan ingin pitam padhal dia tidak ikut bermain di
padang.. dia telah meminta seorang pelajar lelaki mendukugnya ke depan
sekolah.. dia selalu bercerita bahawa dia mempunyai penyakit tetapi saya tidak
pernah melihat di membawa sebarang ubat bersamanya. tambahan pula pada masa itu
keluarganya sampai lewat.. kalau dia mempunyai mustahil keluarganya akan lewat
menjemputnya balik..
benda yang pling mengejutkan saya
ialah si C cakap dia pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.. dia
menceritakn pengalamannya dan saya hanya mendengar sambil lewa di tepi kerana
adalah mustahil untuk budak umur 14 tahun membuat perkara itu.. tujuan dia
hanyalah ingin enunjukkan kehebatannya..
akhirnya setelah berkawan selama dua
tahun.. pada hujung form 3.. saya telah berdepannya dan bertanya mengenai
segala kebenaan yang berlaku.. dia hanyalah terkejut dan tidak berkata sepatah
perkataan pun.. saya telah menghamburkan semua yang terbuku dalam hati saya
selama ini dan saya menyuruhnya untuk pindah balik ke kuching.. ini kerana si C
selalu bercerita bahawa dia mempunyai mempunyai rumah besar di kuching dan
mempunyai villa di amerika..
apabila saya memulakan persekolahan
form 4, tiada lagi namanya tersenarai di kelas kami.. rupa-rupanya dia
betul-betul berpindah sekolah.. saya pun mula lupa mengenainya..
saya menganggap kejadian ini sebagai
pengajaran supaya berhati-hati dalam memilih kawan dan jangan silap menilai
orang dari luaran. saya telah mencuba untuk membuang sikap saya yang terlampau
mempercayai seseorang. sekarang saya telah menerima dirinya seadanya dan hanya
mengikuti perkembangan di facbook.. walaupun kami tidak berhubung lagi, tetapi
saya pernah menganggapnya sebagai kawan baik pada suatu masa dahulu..
No comments:
Post a Comment