Tuesday, April 28, 2015

jodoh

hy semua..kali nie nak cerita sikit la benda private..rajin-rajinkan lah diri anda teruskan menenkan untuk membaca~

pada masa dahulu~~ haha bukan la..tak lama pun benda nie.kejadian ini berlaku time saya di matriks..ada anak kawan mummy saya pun satu matriks juga dengan saya..mummy menyuruh saya memberikan barang kepada si dia..itulah dikira pertemuan kami yang kedua setelah pertemuan pertama di rumah saya sendiri..

semenjak itu, kami sering membalas mesej sepanjang minggu..saya rasa selesa dengan dia kerana dia sangat spontan dan lucu..setelah itu, kami berhenti bercontact untuk beberapa hari sebab kami menghadapi peperiksaan pertengahan semestar..setelah itu, dia mengajak saya untuk menyertai larian satu malaysia bersamannya..saya lambat tidur pada malam otu sebab melepak di bilik kawan sampai pagi..dia telah memarahi saya sebab mungkir janji..rasanya pada saaat itu mula timbul perasaan yang melebihi persahabatan antara kami dua..saya telah mengalirkan air mata untuk dirinya buat kali pertama..dia juga telah memarahi diri saya buat kali pertama..

tidak lama selepas itu, kami mula menjalankan hubungan dengan serius dengan membawa perhubungan kami ke tahap melebihi kawan setelah saya melafazkan cinta saya terhadap dia..saya masih ingat tarikh itu ialah 23/8/13 hari jumaat..pada ahad itu, saya telah berjumpa dengannya sebagai kekasih buat kali pertama..saya menghadiahkannya chocolate..

walaupun kami dua satu matriks..tetapi kami hanya berjumpa sekali seminggu dan pernah sampai sebulan sekali..err hubungan percintaan kami tidak kurang juga percubaan dan rintangannya..tidak kurang dengan perasaan cemburu melihat pasangan kami bersama dengan kawan yang berlainan jantina..masalah kurang meluangkan masa sebab sibuk dengan tugasan tutorial..tidak kurang juga dengan halangan daripada keluarga sebab kami adik beradik semuanya perempuan dan orang tua saya menginginkan calon saya berupaya untuk menjaga mereka setelah kami kahwin nanti..oleh kerana kami dua berlainan kos, jadi dia tidak memahami pelajaran saya dan saya tidak memahami pelajaran dia..

hampir setengah tahun dalam perhubungan kami dan kami berdua menamatkan pengajian di matriks pada bulan mei..satu berita baik ialah kami berdua tinggal di bandar yang sama..yay~boleh berjumpa lagi walaupun sudah menamatkan pengajian di matriks..hihi..tapi berita buruknya pula dia buat kerja sambilan sementara menunggu tawaran kemasukan ke universiti. oleh itu, kami tidak mempunyai peluang untuk berjumpa..tambahan pula jarak kami berdua tidak sedekat dengan di matriks..agak menyesal juga la tidak menghargai masa bersama di matriks dulu..

hal hal bergaduh dan merajuk tu memang wajip la dalam satu perhubungan..kalau lambat balas emsej satu pihak akan merajuk..kalau ada yang mesej dengan kawan berlaina jantina, satu pihak lagi akan cemburu buta..kalau yag lelaki terlampau busy sampaikan abaikan yang perempuan, saya lah yang merajuk tu..

setelah hampir setahun menjalankan hubungan cinta kami, kami mula serius dengan meminta persetujuan daripada orang tua kami..walaupun pada permulaan ada sedikit masalah tetapi akhirnya mereka merestui hubungan kami berdua..kami menyambut ulangtahun pertama percintaan kami berdua dengan berita yang kurang baik kerana dia ditawarkan menyambung pengajian di unimas manakala saya dihantar jauh ke ukm untuk meneruskan pengajian,,mampukah kami berdua mengharungi hubungan jarak jauh? saya sambung lagi lain kali ya.. to be continued..

No comments:

Post a Comment