Monday, May 11, 2015

menyesal

saya pernah buat satu benda sampai ada perkara yang buruk terjadi terhadap saya..

pada petang itu, saya mengambil adik saya balik dari pertandingan di sebuah sekolah menengah dengan  menggunakan motosikal.. oleh sebab terlampau asyik menonton drama, saya telah terlambat dan terpaksa drive dengan laju..

pada suatu selokoh tu, saya tidak perasan yang ada wira ingin belok dan tambahan pula silau kerana waktu petang sudah..saya dapat merasakan dentuman yang kuat dan saya tercampak dari motosikal saya manakala motosikal saya meluncur jauh ke depan jauh daripada saya..saya terhumban ke belakang dan terjatuh kuat atas lantai..yang ajaibnya saya mampu berdiri dengan sendiri tanpa apa-apa kecederaan..

tetapi malangnya saya terus dimarahi denga teruknya oleh pemandu wira tu..padahal hanya ada calar sedikit di plat kenderaan dia..motosikal saya pula hancur teruk sampaikan terpatah pemegangnya dan semua benda di bonet yang terbuka bertaburan..saya telah menangis kerana saya tidak tahu saya perlu buat apa..

adik saya telah menelefon saya dan saya terus bercerita mengenai erkara yang berlaku..mummy saya pun bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan dari adik saya..
kedua-duanya menangis keranan memikirkan perkara buruk yang telah terjadi..mereka sangat bersyukur sebab tidak mengalami sebarang kecederaan sebab helmet yang saya pakai melindungi kepala saya..mummy saya telah membuat perhitungan dengan pemandu tersebut dan bersetuju untuk membuat ganti rugi..

pada saat itu saya sangat menyesal kerana memandu sangat laju dan tidak peka dengan keadaan lalu lintas..motosikal telah dijual kerana remuk teruk dan kemalangan ini bkan kali pertama saya..saya telah sakit badan selama beberapa hari selepas itu..saya berhenti menunggang motosikal hampir setahun selepas itu sebab fobia..semasa saya mengambil lesen kereta, saya sangat berhati-hati di selekoh kerana saya sangat fobia dan saya menjaga jarak yang jauh dengan kereta lain sampai sekarang..bak kata pepatah jangan biar pisang berbuah dua kali..

No comments:

Post a Comment