Wednesday, June 3, 2015

merapu

saya tak lah pandai mengarang puisi..saya juga tak pandai berbasi bahasa..kebanyakaan percakapan saya hanyalah berdasarkan kepada perasaaan saya tanpa membuat pemikiran dahulu..

ada ke yang pernah tersinggung?ada ke yag tak suka dengan percakapan saya?ada ke yang tak suka dengan pemulisan saya?ada ke yang merasakan penampilan saya selekeh..

yang pasti saya hidup bukan untuk memuaskan kehendak orang lain..tapi saya ingin juga menjaga hati orang lain..saya mencuba hidup tanpa menyakitkan hati orang tetapi saya juga tak mau jadi hipokrit sehingga lupa identiti sendiri..

hipokrit nie lah perangai manusia yang palig tuhan tidak disukai di dunia ini..bayangkan orang sekeliling anda semuanya hipokrit..siapakah yang anda patut percaya?siapakah yang ikhlas berkawan dengan anda?siapakah yang benar-benar ada di samping kamu semasa kesusahan?

apapun kehidupan perlu diteruskan..peace yo~

pertemuan dan perpisahan

anda masih ingatkah kawan anda semasa sekolah rendah dulu?bahkan semasa tadika atau semasa masih bayi lagi?


nervous

saya nie pemalu bukan juga..penakut bukan juga..cuma saya nervous kalau bercakap di depan orang ramai..banyak yang tahu saya banyak bercakap kalau dengan orang yang saya kenali dan selalu bersama..

saya nie cuma nervous semasa membentang di hadapan khalayak ramai atau di depan orang yang asaya tak kenali..saya pernah dikritik oleh pensyarah kerana percakapan saya sangat monotonous dan mendatar sahaja seperti doktor..

nak ubah sikap tu?hidup pun dah 20 tahun..kalau ubah tu macam susah je..tapi saya selalu mencuba untuk memperbaiki diri sendiri supaya maju ke hadapan dan lupakan segala kesalahan di masa lalu..

mampukah saya mengubah ini?dapatkah saya berdepan dengan orang ramai di masa hadapan?



akhirnya

akhirnya saya berjaya menamatkan semester dua untuk tahun pertama saya di ukm untuk jurusaan ekonomi..unutk pelajar fakulti selain daripada FEP..ini merupakn berita baik kerana anda berjaya menamatkan pengajian anda di ukm..untuk kami budak ukm pula jangan dilupakan ada semester tiga ya..

kenapa

kenapa manusia penuh dengan alasan?kenapa manusia susah nak jujur?kenapa manusia suka berlindung di sebalik topeng?kenapa manusia tidak suka menunjukkan side yang buruk kepada orang lain?


Wednesday, May 27, 2015

pernah

anda pernah rasa ditinggalkan tanpa alasan?sakitnya tuh di sini..apapun kehidupan perlu diteruskan..cuma saya tak puas hati..at least bagitau something..ini terus senyap tanpa cakap apa-apa..nak study dan buat assignmet pun tiada mood..jangankan lagi final yang bakal menjelang tak lama lagi..

nangis?nangis tu wajip kot..i cried to my sleep indeed..tipulah kalau langsung tiada rasa sakit..rasa nak mati pun ada..tapi tuhan masih bagi kita hidup sampai sekarang..begini la ni bila kehilangan orang yang tersayang..bayangkan satu hari langsung tiada panggilan dari dia?bayangakan satu hari tiada satu message pun dari dia?

macam mana nak teruskan hidup?saya pun not sure la macam mana..nak hidup pun susah..rasa macam mayat hidup..at least kalau dia bagi jawapan saya oleh teima..tapi dia mengantungkan hubungan kami berdua begitu sahaja..hope he willl come back to me someday..i love him..

                                                                                                                                  from niey
                                                                                                                                 writing with tears

pembentangan powerpoint

kelas sir sangat best..sir bagi tunjuk ajar..sir ada tegur kami..sir ada beri nasihat..tapi saya berjaya mendapat input untuk kelas sir..saya berjaya belajar buat hyperlink untuk slide show..sir juga bagi syarat untuk tetapkan background yang sesuai dengan font..saya banyak mengaplikasikan apa yang sir ajar untuk pembentangan powerpoint saya..kalau dulu powerpoint hanyalah powerpoint..tapi sekarang ia upgrade menjadi satu pembentangan yang sangat menarik dan boleh dikira sebgai profesional..terima kasih sir sebab berjaya mengajar anak murid sir dengan berjaya..

nak cerita pula mengenai tugasan powerpoint yang perlu dibentang..kumpulan kami tak lah buat preparation yang grand gitu..tapi saya ada ahli-ahli yang kreatif dan pandai menghangatkan suasana..yang kami hairan semasa presentation hari tu kami hanya buat seamba tapi entah kenapa pelajar yang lain rasa lucu dan asyik ketawa..apapun saya suka video satu group yang pasal hantu tu..betul-betul kreatif..boleh dicalonkan tu kalau ada pertandinan video di ukm..

terima kasih kepada group member saya yang sangat berdedikasi dalam menyiapkan kerja kita..sayang u all..


Wednesday, May 20, 2015

lab test

cerita pasal lab test mesti banyak yang fikir pasal eksperimen bunuh tikus..campur-campur air jadi warna warni..

eh-eh bukan la..rupa-rupanya ekonomi pun ada lab test..dia test pasal aplikasi komputer dalam merekod maklumatb kewangan dalam komputer..

lab test 1 saya agak hancur la..sebab buat pie chart pun lupa..line internet lambat..submit pun lambat..

lab test 2 saya agak confident la..sebab senang dan tak banyak jalan kerja..cuma masalahnya berulang iaitu line internet lambat dan lambat submit..masalah besar lukis switchboard kot..saya dah try lukis..tapi saya ubah sebab lecturer buat syarat baru..

sekian sahaja daripada saya..saya dah buat yang terbaik..we cannot undo what have been done..cuma boleh buat yang terbaik untuk presentation minggu depan..wih me luck~

Monday, May 11, 2015

cantik

penting sangat ke cantik?penting sangat ke bergaya?penting sangat ke seksi?penting sangat ke menawan?

ada yang walaupun tak cantik tetapi dapat juga pekerjaan yang bagus..suami yang baik dan keluarg ayang bahagia..
ada jug ayang walaupun cantik tetapi belum tentu dapat pekerjaan yang bagus, belum tentu sudah hidup berkeluarga..

tetapi sebenarnya ramai yang mementingakn paras rupa..inilah realiti kehidupn..harus diterima sepenuhnya..

apapun cantik nie ada kebakan dia uga..kalau kita buat pembentangana kita nampak lebih menyakainkan..kalau kita pergi dinner kita akan dapat curi perhatian orang lain..kalau semasa perkahwinan dapat menunjukkan seri pengantin kita..

walau apapun janganlah taksub gila dengan kecantikan sampai mengorbankan duit dan masa..ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membuat pembedahan plastik..membeli baranan berjenama..mmembeli brang kecantikan atau kosmetik..berbelanjalah ikut kemampuan..

smartphone

demi smartphone ada yang sanggup korbankan duit yang sedikit untuk memuaskan kehendak mereka..demi smartphone ada yang sanggup mencuri..demi smartphone ada yang sanggup bekerja sambilan untuk menandingi keluaran yang baru..

pernah terjadi tak situasi di mana di dalam kelas yang membosankan..anda terus bermin handphone?
pernah terjadi tak situasi di mana anda melepak dengan kawan tetapi semua asyik melayan handphone?
pernah terjadi tak situasi di mana anda bertexting sambil memandu kenderaan?
pernah terjadi tak situasi di mana ahli kumpulan yang lain sibuk membuat perbincangan tetapi anda sibuk berselfie dan post yang anda kononnya sedang buat discusson?
pernah terjadi tak situasi di mana anda habiskan berjam-jam selfie sebab hanya nak kejar likers di lamam sosial?

hmm saya rasa saya ada buat semua benda tu..susah nak ubah sebab dah jadi kebiasaan..tapi saya tak nak sampai orang awkward dengan saya..kalau saya tak nak jadi anti sosial..

harapan tinggal menjadi harapan..macam mana lah dengan generasi seterusnya?adakah mereka hanya sibuk berselfie sampai lupakan tujuan sebenar kehidupan?adkah mereka akan berasa puas dengan hanya duduk bersama tetapi sibuk melayan handphone masing-masing?

renung-renungkanlah~


stress

ingat tak cikgu sekolah menengah duu pernah cakap kalau masuk universiti jadual kelas tidak padat dan etika pemakaian tidak ketat?tetapi cikgu tak pernah cerita yag assignment di universiti sangat banyak dan aktiviti kolej sangat mengambil masa kita..

saya pernah merasa yang terlampau banyak assignment, meeting dan aktiviti kolej sehinggakan saya sangat stress..sehinggakan saya menangis sebelum tidur dan saya berasa homesick..dah lah rumah jauh..bukan selalu boleh balik,,masa nak call parents pun kurang..nak bermanja-manja dengan boyfriend pun tak boleh..

lepas tu ada banyak dugaan lagi..duit biasisiwa tak cukup kerana banyak sangat perbelanjaan..kawan ada yag buat hal..ada orang tak puas hati dengan kita la..macam-macam..belum lagi masuk masalah air di klej..saya pernah merasa satu minggu tak ada air..belum lagi masalah wifi..saya ypernah menghadapai situasi di mana sya ingin siapkan assignment tetapi tak ada sambungan internet menyebabkan kerja saya susah disiapkan..

memamg banyak la masalah yang oleh membuatkan kita stress..tapi jangan lupa diri dan Tuhan kita..sekian~

menyesal

saya pernah buat satu benda sampai ada perkara yang buruk terjadi terhadap saya..

pada petang itu, saya mengambil adik saya balik dari pertandingan di sebuah sekolah menengah dengan  menggunakan motosikal.. oleh sebab terlampau asyik menonton drama, saya telah terlambat dan terpaksa drive dengan laju..

pada suatu selokoh tu, saya tidak perasan yang ada wira ingin belok dan tambahan pula silau kerana waktu petang sudah..saya dapat merasakan dentuman yang kuat dan saya tercampak dari motosikal saya manakala motosikal saya meluncur jauh ke depan jauh daripada saya..saya terhumban ke belakang dan terjatuh kuat atas lantai..yang ajaibnya saya mampu berdiri dengan sendiri tanpa apa-apa kecederaan..

tetapi malangnya saya terus dimarahi denga teruknya oleh pemandu wira tu..padahal hanya ada calar sedikit di plat kenderaan dia..motosikal saya pula hancur teruk sampaikan terpatah pemegangnya dan semua benda di bonet yang terbuka bertaburan..saya telah menangis kerana saya tidak tahu saya perlu buat apa..

adik saya telah menelefon saya dan saya terus bercerita mengenai erkara yang berlaku..mummy saya pun bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan dari adik saya..
kedua-duanya menangis keranan memikirkan perkara buruk yang telah terjadi..mereka sangat bersyukur sebab tidak mengalami sebarang kecederaan sebab helmet yang saya pakai melindungi kepala saya..mummy saya telah membuat perhitungan dengan pemandu tersebut dan bersetuju untuk membuat ganti rugi..

pada saat itu saya sangat menyesal kerana memandu sangat laju dan tidak peka dengan keadaan lalu lintas..motosikal telah dijual kerana remuk teruk dan kemalangan ini bkan kali pertama saya..saya telah sakit badan selama beberapa hari selepas itu..saya berhenti menunggang motosikal hampir setahun selepas itu sebab fobia..semasa saya mengambil lesen kereta, saya sangat berhati-hati di selekoh kerana saya sangat fobia dan saya menjaga jarak yang jauh dengan kereta lain sampai sekarang..bak kata pepatah jangan biar pisang berbuah dua kali..

Saturday, May 9, 2015

selalu bersama

siapa dan apa yang selalu bersama kita?kalau bagi saya ialah 3 sumandaks..apa itu 3 sumandaks..sumandak dalam bahasa dusun ialah perempuan..haha mentang-mentang ada kawan dusun..so saya pun belajarlah bahasa dusun sikit..hihi
\
dua orang kawan saya nie memang peminat kucing la..minat betul dengan kucing..kalau nampak kucing memamg gila la..saya rasa kalau kucing dengan saya terjun tebing..saya kot tidak diselamatkan..hihi

dua kawan saya nie juga masih single..muka ja bajet budak nakal tapi sebenarnya mereka agak setia dalam percintaan..haha..jangan terkejut ya amoi cantik dua orang nie masih single..

dulu saya tak sangka tau saya dan eleza akan satu kolej matrikulasi dan satu ukm lagi..jodoh la tu..haha bak kata pemandu teksi di labuan dulu..adik berdua nie jangan ja time kahwin pun pada hari yang sama..hihi..saya dengan eleza memang kawan baik la,..saya rasa rasakan..tiada yang dapat menandingi persahabatan kami yang telah terjalin selama 5 tahun nie..harap-harap berkekalan sampai selama-lamanya lah..muah

si edlyna ni orang panggil song..hihi kononnya nama edlyna nie terlampau complicated..nak cerita mengenai kami dua nie..satu kolej matrikulasi dulu tapi satu kali pun tak pernah jumpa..jauh-jauh dari borneo di kl juga berjumpa..dia la roomate saya..kami la dom song..orang cakap muka kami dua sama..ahaha entah la apa yang sama..yang saya tau kami berdua selalu melekat bersama sebab satu kos..satu kolej..satu biro kolej..sama kristian katolik..hihi nasib baik terpisah dek sabah sarawak..kalau tidak saya nak lah menginap di rumah sing..hihi

kami bertiga nie boleh tahan la juga belangkas kami..semua kelas sama..satu kos.. sama kriatian katolik..cuma sayang eleza bukan sama klej sahaja..geng outig lagi la kami bertiga nie..dari pagi ke malam memang sah lah..sampaikan aa yag tertidur berdiri di dalam ktm..haha saya la tu..satu yang suka ialah kami bertiga tidak hipokrit..sangat menepati masa..sangat komitmen dalam membuat tugas..dan satu kepala..haha memang best la spend time dengan tiga sumandaks nie..sampai kami buat group whatsapp lagi..hihi..

hope our friendship remains forever..saya doakan semoga korang berdua cepat-cepat menemukan
mr. right..hihi




Wednesday, May 6, 2015

ekonomi

ekonomi negara sekarang stabil dengan harga minyak stabil dan tiada kenaikan barag yang banyak walaupun ada gst.. tetepai bukan itu yang saya ingin ceritakan pada kali nie,,saya ingin cerita mengenai kos ekonomi yang saya ambil di ukm sekarang..

sebenarnya saya sangat meminati ekonomi sejak dari tingkatan empat lagi..saya mengambil subjek ekonomi asas ketika itu walaupun saya berada dalam aliran sains..saya selalu mendapat markah 90 ke atas kerana subjek ekonomi sangat menarik bagi saya sebab dia berkaitan dengan kehidupan seharian kita iaitu barang dan perkhidmtan serta dasar-dasar kerajaan..ini adalah angat kontra dengan subjek-subjek sains yang dipelajari hanya teori sahaja dan susah diaplikasikan..untuk spm saya, saya telah mendapat A+ seperti yang saya jangkakan..

saya telah meminta alran perakaunan untuk matrikulasi sebab aliran tersebut menawarkan subjek ekonomi..syukurlah juga saya berjaya ke dalam kemasukan kolej matrikulasi.. di situ saya telah belajar lebih lagi mengenai subjek ekonomi..walaupun agak pada permulaannya tetapi saya teruskan juga demi minat saya terhadap ekonomi..saya berjaya mendapat A untuk kedua-dua semestar untuk mikroekonomi dan makroekonomi..

saya telah melanjutakn pengajian ke peringkat universiti..ada orang percaya tak saya telah meminta kos ekonomi untuk semua pilihan 14 kemasukan ke universiti..nasib baiklah saya berjaya mendapat kos ekonomi di UKM..memang kos ekonomi lah impian saya di universiti..

mesti ramai yang fikir ekonomi ni kos yang senang..anda salah sebab kami belajar banyak keluk..dasar kerajaan..permintaan dan penawaran barangan..apapun saya ingin menceburi bdang ekonomi dan berharap mendapat pekerjaan dalam jabatan ekonomi malaysia..saya berharap cita-cita saya akan tercapai..sekian terima kasih..

Tuesday, May 5, 2015

Sepuluh

kalau sebut pasal sepuluh?apa yang anda teringat?number sepuluh?sepuluh orang?kalau saya..saya akan teringat mengenai sepuluh jari kita..


jari kita? sangat berguna kan..kita kira matematik pakai jari kita.. pegang pen pun pakai jari.. pegang jaro orang yang tersayang?haha ibu bapa kita la..jangan fikir yang bukan-bukan..

jari kita juga sangat berguna time selfie..setuju tak?haha sign peace yang selalu orang buat time selfie..sign macam bunga yang mekar juga sangat popular..tangan memegang mulut yang macam sakit gusi juga dignakan oleh model-model untuk membuat pose seksi..

haha jangan anada memandang rendah pada jari kita..walaupun hanyalah sebahagian kecil dari anggota badan kita tetapi mempunyai banyak kegunaan..termasuklah saya yang menulis blog ni..kalau tiada jari maka tiada ah blog saya ni..handphone pun..kalau tiada jari macam mana kita nak menghunungi orang lain kan..

jari kita lah juga yang mempunyai deria rasa yang paling banyak..segala rasa panas atau sejuk selaunya akan dirasai oleh jari kita dulu..yang paling penting yang terkandung untuk jari kita ialah cap jari yang mewakili identiti setiap orang..ini kerana cap jari semua orang adalah berlainan..cap jari sangat berguna untuk menjadi bkti sebelum menyabitkan seseornag dalam kesalahan dan mengelakkan orang lain dituduh tanpa bukti..
`
sekian itu sahaja dari saya..mengenai jari daripada dom~

Wednesday, April 29, 2015

jauh

ingat tak blog lepas saya pasal jodoh?kali ni saya nak sambung la penceritaan saya..tekan di bawah ya untuk baca lebih lanjut~

Tuesday, April 28, 2015

masa itu emas

pernah rasa tak perasaan lama menunggu seseorang?pernah marah dan geram tak sebab seseorang lambat?pernah tak kamu merasai penantian itu suatu pembaziran masa?tapi begitula manusia..alah bisa tegal biasa..manusia sudah terbiasa dengan lambat dan kelewatan sampaikan ada yang tidak sedar dan menjadikan ia sebagai kebiasaan sudah..

lambat tidak bagus dan memberi persepsi yang tidak bagus kepada orang di sekeliling..cuba bayangkan anda ada temuduga kerja teapi anda terlambat sampia ke tempat tersebut..semestinya bakal majikan akan rasa realibiliti kita kurang..cuba bayangkan kalau kita lambat untuk jemput anak kita dan dia mengalami apa apa kecederaan kerana kita tidak menjaga keselamatannya setelah keluar dari sekolah..cuba bayangkan kalau kita terlambat untuk menaiki kapala terbang dan terpaksa tertinggal penerbangan kita sementara untuk membeli tiket yag terpaksa membazirkan duit kita..cuba bayangkan kalau kita lambat bangun bangun pagi untuk solat..berdosa lah kita kepada allah..

satu perkara yang saya sedar ialah pelajar kebanyakannya suka lewat..saya ingin memberi contoh saya sendiri la..kelas pada jam 8 tapi saya bangun pada jam 7.30 untuk bersiap..walaupun kolej kediman saya dekat dengan fakulti..tetapi saya tetap akan lambat sedikit..sikap ini patut diubah kerana saya mungkin akan terlepas infi yang penting walaupun seminit sahaja..

tetapi yang saya tak berapa suka ialah apabila ada meeting kolej atau perjumpaan assignment di mana kebanyakan orang akan lambat..saya hairan kenapa ada yang lambat juga walaupun perjumpaan diadakan pada waktu malam..adakah ada yang bermakeup dahulu sebelum turun?adakah yang terlanjur tidur sampaikan ke malam?apapaun perkara ni tak bagus kerana banyak membazirkan masa untuk menunggu yang lambat..

apapun hargai la masa kita kerana masa itu emas..

jodoh

hy semua..kali nie nak cerita sikit la benda private..rajin-rajinkan lah diri anda teruskan menenkan untuk membaca~

once upon a time

lalalalalala~mesti kita selalu imagine benda yang sweet sweet kan..benda yang macam kisah dongeng..impian yang selalunya susah untuk tertunai..

pada waktu masih kanak-kanak dulu..saya selalu menonton rancangan kartun yang kebanyakannya dilakonkan oleh watak binatang..binatang-binatang di kartun tersebut sangat comel, boleh berdiri dan bercakap seperti manusia..saya pernah terfikir macam mana kalau binatang boleh bercakap?macam mana kalau kita dapat mendengar suara hati mereka?

saya pernah mencuba untuk bercakap dengan kucing atau anjing..tetapi mereka hanya menyalak atau melihat kita dengan mata besar sahaja..haha kan best kalau mereka boleh berbual bual dengan kita..kalau binatang daat bercakap pastinya dapat memberi manfaat besar terhadap mereka dan kita sebagai manusia..tetapi semua nie hanya fantasi dan layak menjadi cerita dongeng atau hikayat sahaja..


oh my god

perasan tak hidup tak semestinya indah?perasan tak bukan semua orang suka kita?perasan tak bukan semua orang ada happy ending seperti snow white?hmmm


Wednesday, April 1, 2015

ikut je

hy semua.. semua pernah menjadi pelajar kan.. mesti banyak peraturan kan.. apa tujuan semua peraturan ni?

tugas dan tanggungjawab

hy u all.. kali nie nak cerita sikit mengenai aktiviti yang saya handle(walaupun hanya ajk biasa)..hihi

alasan

hy semua.. kali nie saya nak cerita sikit pasal kisah saya di sekolah rendah dulu..

satu cerita yang memberi sikit kesan dan memberi pengajaran kepada diri saya..

Wednesday, March 18, 2015

sesuatu yang dikenang

hy.. apa khabar semua? pernahkah anda mempunyai hari yang paling indah dalam hidup anda? sesuatu untuk dikenang dan disambut setiap tahun merupakan ulang tahun.. ulang tahun menjadi benda yang bermakna..kalau..............nak tau ke..klik di bawah nie ya~

Tuesday, March 17, 2015

perantau

hy..apa khabar semua..homesick tu perkara tau bagi kehidupan perantau seperti saya..ingin tahu mengenai perantauan saya? klik di bawah nie ya~~

Friday, March 13, 2015

me n my family

hy semua.. bersua kembali kita pada hari yang indah ini..

kali nie saya nak cerita sikit mengenai perjalanan kami sekeluarga.. mau tahu tak? klik di bawah ya~

Thursday, March 12, 2015

silap dan salah

hi semua.. nak cerita sikit lah pasal kisah saya semasa di sekolah menengah.. cerita ni tak lah seagung mana-mana cerita persahabatan yang lain..tetapi diharap anda dapat meluangkan masa untuk membaca kisah ni..

Friday, March 6, 2015

aku anak iban




nama rita dik? udah makai dik? ka bejalai kini kitai?

hah familiar tak dengan ayat-ayat nie..kalau bukan anak iban memang tak la kan..mau tau tak mengenai iban nie? nak kan.. ape salahnya tambah pengetahuan kita.. jadi asyik jadi katak di bawah tempurung..krik-krik..haha jangan marah ye..kilik je di bawah nie..


Wednesday, March 4, 2015

SAYA


S A Y A. apa itu saya? saya adalah kucing? saya adalah rumah? saya adalah matahari?

HAA~ kalau nak tahu saya itu ape.. klik di bawah nie ye..